"Taman Asuhan Impian, Segalanya Bermula Disini": Tentang Kami

Ads 468x60px

Tentang Kami


PENGENALAN

TASKA IMPIAN menyediakan  perkhidmatan  pengasuhan bagi bayi seawal usia 2 bulan – 12 tahun yang selamat, harmoni serta penuh kasih sayang.

TASKA IMPIAN  dilengkapi dengan MODULE serta PROGRAM khas yang menekankan aspek perkembangan menyeluruh dan optima melalui aktiviti harian yang terancang buat setiap peringkat umur kanak-kanak. Aspek perkembangan menyeluruh merangkumi aspek perkembangan Fizikal, Bahasa, Sosio Emosi, dan Kognitif. Perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini amatlah penting bagi menentukan corak perkembangan dan pembesaran mereka pada masa hadapan.

Setiap Operator dan juga Staff  diberikan latihan yang sewajarnya bagi membantu para ibubapa membesarkan serta mengasuh anak mereka dengan sepenuh tanggungjawab kerana kami yakin  TASKA IMPIAN merupakan tempat utama proses perkembangan kanak-kanak berlaku selain di rumah. Justeru, kami amat mementingkan kualiti perkembangan individu setiap kanak-kanak.

Selain aspek perkembangan kanak-kanak, pemakanan yang seimbang turut dititikberatkan bagi memastikan tumbesaran yang sihat dan optimum. TASKA IMPIAN sangat mementingkan aspek kebersihan, keselamatan dan juga keceriaan bagi memastikan kualiti kehidupan dan pembesaran yang harmoni buat si manja anda.

Setiap kanak-kanak di TASKA IMPIAN mempunyai buku rekod perkembangan individu bagi merekod perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Ibubapa juga turut dapat memantau perkembangan anak mereka berdasarkan buku rekod ini kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut tahap perkembangan mereka.

0 comments:

Post a Comment